GELAGAT DAN PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP KEDAI MAMAK: KAJIAN KES DI SELANGOR

Authors

  • Wook Endut Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mhd. Suhaimi Ahmad Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norain Mod Asri Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Mamak merujuk kepada India Muslim (biasanya dari Pakistan dan India), pendatang yang menetap atau bekerja di Malaysia. Perkataan mamak berasal daripada istilah bahasa Tamil untuk bapa saudara sebelah ibu, atau maa-ma. Dalam konteks masyarakat di Singapura dan Malaysia, kanak-kanak pelbagai kaum semuanya diajar untuk memanggil jiran dewasa, pemilik kedai dan orang yang tidak dikenali sebangai pak cik (uncle) atau mak cik (auntie) untuk menujukkan hormat dan taat kepada orang yang lebih tua. Istilah ini turut dipakai sungguhpun seseorang dewasa itu bukanlah seorang ahli keluarga, puak atau kaum kanak-kanak tersebut. Asal-usul istilah “gerai mamak” barangkali dipetik daripada amalan kanak-kanak menggelar si penjaga kedai sebagai “uncle”, atau “mamak”, dalam bahasa Tamil, sebagai tanda hormat ketika berinteraksi dengannya dan mengunjungi tempatnya.
Gerai mamak, juga dikenali sebagai mapley, merupakan sejenis tempat makan yang menyajikan masakan mamak. Di Malaysia, istilah mamak merujuk kepada orang India beragama Islam, dan secara amnya, gerai mamak dimiliki dan dikendali oleh golongan ini. Sungguhpun ia biasanya dibuka sebagai gerai di tepi jalan, sebilangan pengendali gerai mamak zaman moden telah mengembangkan perniagaan mereka sehingga menjadi restoran atau kafe (kedai mamak) yang mempunyai beberapa cawangan. Gerai mamak diminati rakyat Malaysia sebagai tempat istirehat disebabkan harga makanan dan minumannya adalah berpatutan dan lazimnya gerai sebegini dibuka 24 jam sehari.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Wook Endut, Ahmad , M. S., & Mod Asri , N. (2024). GELAGAT DAN PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP KEDAI MAMAK: KAJIAN KES DI SELANGOR. Jurnal Pengguna Malaysia, 19, 35–56. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/212

Issue

Section

Articles