PENERIMAAN PELAJAR SEBAGAI PENGGUNA TERHADAP E-PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH

Authors

  • Fatimah Hassan Pusat Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia
  • Hasmawati Hassan Pusat Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia

Abstract

Majlis pelancaran Dasar E-pembelajaran Negara (DePAN) untuk institusi pengajian tinggi negara telah pun dilancarkan oleh Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi pada 16 April 2011 lalu. Pelancaran ini menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah e- pembelajaran atau electronic learning ini semakin diterima pakai dan berupaya mempengaruhi masyarakat pada masa hadapan. Hal ini juga seiring dengan inspirasi kerajaan untuk membina masyarakat berilmu agar pembentukan negara maju dan berpendapatan tinggi dapat dicapai menjelang tahun 2020. Menurut Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) kerajaan berhasrat meningkatkan peratusan modal insan yang profesional dan berkemahiran tinggi ini kepada 45% pada 2015 (Malaysia, 2010). Hal ini juga adalah selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang dilancarkan pada 27 Ogos 2007 yang telah menggariskan tujuh (7) teras pelan strategik utama yang perlu diperkukuhkan, termasuklah aspek pengajaran dan pembelajaran peringkat pengajian tinggi. Sesungguhnya e- pembelajaran yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting sebagai satu medium perhubungan masa kini antara pensyarah dengan pelajar.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Hassan, F., & Hassan , H. (2024). PENERIMAAN PELAJAR SEBAGAI PENGGUNA TERHADAP E-PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH . Jurnal Pengguna Malaysia, 19, 86–103. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/215

Issue

Section

Articles