MASAKAN TRADISIONAL DAN KOMPOSISI NUTRIEN IKAN AIR TAWAR DI HOMESTAY KG BATU RING, BENG, LENGGONG, PERAK ; UNTUK PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN PELANCONGAN LESTARI

Authors

  • Farhana C.D Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu, Kelantan.
  • Norsuhana A.H Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
  • Norfarizan Hanoon N.A Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu, Kelantan.

Abstract

Konsep pembangunan pelancongan lestari menekankan keprihatinan penggunaan sumber, iaitu pemuliharaan sumber budaya (termasuk warisan) dan alam sekitar (Wanhill, 1997; Mowforth dan Munt 1998). Makanan tradisonal sesebuah tempat, negeri atau negara merupakan sumber warisan yang seharusnya dipelihara daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Ia juga seharusnya dipekenalkan kepada pelancong. Tambahan, apabila berada di sesebuah destinasi pelancongan, setiap pelancong memerlukan makanan dan minuman. Makanan dan minuman adalah salah satu elemen yang penting bagi sesebuah destinasi pelancongan. Mengikut Farzad (2011), salah satu faktor utama dalam pemilihan tempat pelancongan oleh pelancong ialah makanan. Makanan tradisional atau tempatan memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan dan meningkatkan daya tarikan sesebuah rantau atau tempat (Skinner, 2002; Van Westering; Poria dan Liapis, 2000).

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Farhana C.D, Norsuhana A.H, & Norfarizan Hanoon N.A. (2024). MASAKAN TRADISIONAL DAN KOMPOSISI NUTRIEN IKAN AIR TAWAR DI HOMESTAY KG BATU RING, BENG, LENGGONG, PERAK ; UNTUK PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN PELANCONGAN LESTARI . Jurnal Pengguna Malaysia, 19, 104–124. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/216

Issue

Section

Articles