TAHAP PENGETAHUAN PENGGUNAAN LESTARI DALAM KALANGAN REMAJA DI SELANGOR
Abstract
Penggunaan pengguna pada hari ini mempunyai kaitan langsung dengan kesejahteraan alam sekitar pada masa akan datang. Penggunaan yang berhemah akan menyelamatkan bumi dan sumber bumi daripada lenyap akibat penggunaan sumber yang tidak terkawal. Penggunaan lestari bermaksud penggunaan barangan dan perkhidmatan bagi mencapai hidup yang berkualiti, namun pada masa yang sama meminimumkan penggunaan sumber asli, pelepasan sisa tosik ke udara dan tidak merosakkan alam sekitar untuk generasi akan datang (Magrabi, Chung, Cha & Yang, 1991). Dasar Pengguna Negara terhadap penggunaan lestari ialah meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari dalam kalangan peruncit, pembekal dan pengilang bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.