PERMINTAAN TERHADAP ALAT GANTI KERETA TEMPATAN DAN IMPLIKASI TERHADAP PELUANG PERNIAGAAN ALAT GANTI KERETA

Authors

  • Doris Padmini Selvaratnam Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norlaila Abu Bakar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mastura Nongman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Di Malaysia, industri permotoran kereta adalah satu-satunya industri ekonomi yang berkembang dengan pesat dan cepat. Mengikut laporan- laporan akhbar, Malaysia mempunyai lebih kurang 10 juta pemilik berdaftar kereta dan motorsikal. Kereta adalah salah satu keperluan harian untuk kita ke tempat belajar, tempat kerja dan lain- lain tempat yang ingin ditujui.
Kereta memerlukan penjagaan harian. Ia ibarat nyawa kedua bagi sesetengah orang. Kereta memerlukan petrol, diservis, dibersih, diperbaiki dan diganti mana- mana barang yang sudah rosak dan sudah lusuh dipakai. Untuk kemudahan ini maka kedai menjual alat ganti kereta, bengkel membaiki dan servis kereta, bengkel mencuci kereta dan stesen petrol amat diperlukan di semua daerah, mukim, ibu kota, bandar raya dan bandar di seluruh Malaysia. Tempat-tempat ini semuanya memerlukan lesen, dan tenaga manusia iaitu pengarah, pengurus, pentadbir, juruwang, mekanik, penjual dan lain-lain pekerja yang berkaitan dengan perniagaan tersebut.
Semenjak awal tahun 60-an, Kerajaan Malaysia melalui RIDA dan MARA serta Sekolah Vokasional telah menyediakan program mendidik dan melatih murid-murid, orang Melayu dan bumiputera dalam bidang yang berkaitan dengan kereta dan ramai antara mereka yang telah lulus. Walau bagaimanapun, jika kajian dan pemerhatian dibuat di daerah-daerah, ibu negeri, ibu kota, bandar raya, bandar dan mukim di seluruh Malaysia kita dapati bilangan kedai, syarikat dan bengkel yang berkaitan dengan urus niaga kereta yang dikendali dan diuruskan oleh orang Melayu dan bumiputera masih jauh berbeza bilangannya berbanding dengan orang Cina.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Doris Padmini Selvaratnam, Abu Bakar , N., & Mastura Nongman. (2024). PERMINTAAN TERHADAP ALAT GANTI KERETA TEMPATAN DAN IMPLIKASI TERHADAP PELUANG PERNIAGAAN ALAT GANTI KERETA. Jurnal Pengguna Malaysia, 18, 68–87. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/222

Issue

Section

Articles