PENGAMBILAN DAGING AYAM ALTERNATIF OLEH PELAJAR PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (PPPJJ), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Abstract
Daging putih adalah antara daging yang menjadi pilihan pengguna sejak dahulu lagi. Sumber protein daging putih seperti ayam, itik, ikan dan arnab lebih memberi manfaat kepada kesihatan tubuh berbanding dengan protein yang terkandung dalam daging merah. Selain itu, daging putih juga dilaporkan mengandungi kalori yang lebih rendah (Anon, 2011 dan Probst, 2009). Daging putih juga mampu mengurangkan kadar mendapat penyakit, seperti penyakit kanser dan jantung koronari. Hal ini kerana kandungan lemak dan kolesterol yang terkandung dalam daging putih adalah lebih rendah daripada daging merah (Jaturasitha et al., 2008).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.