PENGETAHUAN DAN SIKAP PENGGUNA TERHADAP TRANSAKSI SEWA BELI

Authors

  • Zuroni Md Jusoh Universiti Putra Malaysia
  • Husniyah Abdul Rahim Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
  • Kanmani a/p Subramaniam Universiti Putra Malaysia

Abstract

Secara umumnya kemudahan sewa beli ialah satu cara memenuhi keperluan membeli secara kredit dengan memiliki barangan dahulu dan bayarannya diselaraskan kemudian secara ansuran. Dalam Seksyen 2, Akta Sewa Beli 1967, perjanjian sewa beli bermaksud: “Membenarkan barang-barang sewaan dengan opsyen untuk membeli dan perjanjian untuk membeli barangan secara ansuran, tetapi tidak termasuk perjanjian di mana pemilikan terhadap barangan itu berpindah milik kepada penyewa pada ketika perjanjian atau sebelum penghantaran”.
Pihak yang terlibat dalam perjanjian sewa beli ialah “penyewa” dan “pemunya”. Ia dijelaskan dalam Sekyen 2, dengan penyewa ditakrifkan sebagai orang yang mengambil atau telah mengambil barang-barang daripada pemunya di bawah perjanjian sewa beli. Pengguna menjadi penyewa sehinggalah semua bayaran bagi barangan berkenaan telah dilangsaikan oleh mereka. Pemunya pula ditakrifkan sebagai orang yang membenarkan atau telah membenarkan barang-barang diberikan kepada penyewa di bawah perjanjian sewa beli. Dalam hal ini, pemunya ialah pekedai yang menawarkan barangan di bawah sistem sewa beli.
Barang-barang yang boleh dilakukan secara sewa beli diberikan dalam Jadual Pertama Akta Sewa Beli 1967 meliputi semua barangan pengguna dan kenderaan bermotor seperti kenderaan orang cacat, motosikal, motokar (termasuk teksi dan kereta sewa), kenderaan pengangkutan barangan yang mempunyai berat maksimum dengan muatan yang dibenarkan tidak melebihi 2,540 kilogram dan bas (termasuk bas penumpang).

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Md Jusoh , Z., Abdul Rahim , H., & Kanmani a/p Subramaniam. (2024). PENGETAHUAN DAN SIKAP PENGGUNA TERHADAP TRANSAKSI SEWA BELI . Jurnal Pengguna Malaysia, 17. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/226

Issue

Section

Articles