PENGAMBILAN DAN PENGETAHUAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (PPPJJ), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), PULAU PINANG TERHADAP DAGING AYAM.

Authors

  • Jamilah Ismail Bahagian Biologi Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
  • Norsuhana Abdul Hamid Bahagian Biologi Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
  • Marina Abdul Manaf Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

Abstract

Daging merupakan salah satu sumber diet yang penting dalam rutin pemakanan harian seseorang dan ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan individu (Higgs, 2000). Daging membekalkan sumber protein yang utama untuk tubuh badan dan ia kaya dengan pelbagai nutrien seperti zat besi, zink, selenium iron, selenium, vitamin B12, vitamin D dan pelbagai jenis asid amino termasuklah taurina dan sistina (Adeniyil et al., 2010; Anon 2010).
Daging dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu daging merah seperti daging lembu, kambing dan khinzir, daging putih seperti ayam dan ayam turki dan daging yang telah mengalami pemprosesan terdiri daripada daging yang telah diasap dan disalai seperti bakon dan sosej serta daging yang ditinkan. Perbezaan antara daging merah dan daging putih ialah kandungan mioglobinnya. Daging ayam mengandungi mioglobin yang kurang berbanding dengan daging merah. Kandungan mioglobin daging ayam pada bahagian paha adalah antara 1.8-2.0 mg/g % mioglobin. Daging merah pula mengandungi mioglobin dalam kuantiti yang lebih tinggi. Daging lembu muda mengandungi antara 4-10 mg/g mioglobin, manakala daging lembu dewasa pula mengandungi mioglobin pada kadar yang lebih tinggi, iaitu antara15-20 mg/g (Becker et al., 2000).

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Ismail, J., Abdul Hamid, N., & Abdul Manaf, M. (2024). PENGAMBILAN DAN PENGETAHUAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (PPPJJ), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), PULAU PINANG TERHADAP DAGING AYAM . Jurnal Pengguna Malaysia, 17. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/228

Issue

Section

Articles