KESEDARAN DAN TAHAP LITERASI UNDANG-UNDANG DALAM KALANGAN PEKERJA BENGKEL DI SEKITAR LEMBAH KLANG
Abstract
Perkembangan teknologi dan gaya hidup pengguna pada hari ini menjadikan kehidupan zaman moden ini lebih mudah. Namun, pada masa yang sama ia juga meyebabkan kehidupan menjadi lebih kompleks berbanding dengan sebelum ini. Perubahan barangan keperluan menyebabkan kehidupan pengguna pada hari ini semakin mencabar kerana keperluan manusia bukan lagi bergantung kepada tiga pekara asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal seperti dahulu. Kini, kenderaan juga merupakan salah satu keperluan yang perlu ada dan memainkan peranan penting dalam memudahkan aktiviti seharian manusia.
Statistik pengeluaran lesen kenderaan bermotor persendirian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (2010) menunjukkan pada tahun 2009 terdapat sebanyak 8,506,080 lesen motokar dan sebanyak 8,940,230 lesen motosikal yang telah dikeluarkan. Hal ini menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan lesen yang dikeluarkan bagi kenderaan persendirian sahaja ialah 17,446,310 dan ini belum lagi mengambil kira jumlah kenderaan yang digunakan untuk tujuan perdagangan. Berdasarkan jumlah ini, dapatlah dikatakan bahawa pada tahun 2009 jumlah kenderaan melebihi separuh daripada jumlah penduduk Malaysia yang berjumlah 28.31 juta penduduk (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010). Justeru, industri perkhidmatan dan pembaikan kenderaan perlu diberikan perhatian kerana ia boleh dikatakan industri yang memberikan kesan yang besar kepada pengguna. Sebuah agensi dan badan khas perlu diwujudkan untuk menangani masalah pengguna miskin kerana hakikatnya peratusan mereka sedikit tetapi mereka juga mahu memiliki kenderaan (FOMCA, 2010). Hal ini menunjukkan betapa perlunya perlindungan pengguna dalam sektor ini.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.