PENGETAHUAN TENTANG MAKANAN HALAL DAN HARAM DALAM KALANGAN KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Mumtazah Othman Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Syuhaily Osman Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Farhan Mat Arisah Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan, kesihatan manusia akan terjejas. Agama Islam menganjurkan dua perkara utama dalam hal makanan iaitu, kehalalan dan kebersihan makanan yang diambil. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu."
(Surah al-Baqarah 2: 168).
Dalam agama Islam, sesuatu yang halal itu semestinya tidak mendatangkan kemudaratan dan selamat untuk dimakan. Hal ini bermakna, aspek kebersihan dan keselamatan makanan turut berkait rapat dengan pengambilan sesuatu makanan. Halal tetapi tidak bersih dan tidak selamat, sama ada dari segi penyediaan mahupun ketika makanan itu diproses, akan mengakibatkan kesihatan seseorang itu terjejas. Sememangnya umat Islam harus mengambil berat tentang apa jua sumber yang menjadi asas pemakanannya. Hal ini kerana kita tahu bahawa setiap makanan yang diambil akan menjadi darah daging manusia itu sendiri. Mengambil makanan yang halal, bersih dan selamat bukan sahaja akan menjamin kesihatan seseorang, malah mampu membentuk nilai spiritual yang amat tinggi dalam diri seseorang itu dengan akhlak dan perilaku yang baik.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Othman , M., Osman , S., & Mat Arisah , F. (2024). PENGETAHUAN TENTANG MAKANAN HALAL DAN HARAM DALAM KALANGAN KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH . Jurnal Pengguna Malaysia, 16, 15–31. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/233

Issue

Section

Articles