PENGURUSAN AKTIVITI KITAR SEMULA: KE ARAH KELESTARIAN KAMPUS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Authors

  • Noor Ezlin Ahmad Basri Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
  • Hassan Basri Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
  • Tiew Kian Ghee Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
  • Shahrom Md Zain Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
  • Azimin Samsul Mohd Tazilan Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
  • Rahmah Elfithri Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Abstract

Pendidikan berperanan penting dalam membentuk sikap dan keprihatinan manusia untuk sayang dan cintakan alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan Decade of Education for Sustainable Development (2005-2014) yang antara lain menyatakan tentang keperluan semakan semula sistem pendidikan di peringkat awal persekolahan kanak- kanak (tadika) sehinggalah ke universiti dengan penekanan terhadap kelestarian, iaitu cintakan alam sekitar (Juarez-Najera et al., 2010). Peranan utama universiti dalam pengajaran dan penyelidikan dengan suasana kampus yang lestari mampu membentuk insan yang berilmu dan cintakan alam sekitar. Menurut Palmer dan Neal (1994), tiga bidang yang berkait rapat dengan pendidikan alam sekitar ialah pendidikan tentang alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar dan pendidikan melalui alam sekitar. Ia berkait dengan nilai penjagaan, sikap dan tindakan yang positif terhadap alam sekitar dengan mempunyai sikap tanggungjawab terhadap alam ini. Oleh yang demikian, universiti perlu menjadi penggerak bagi kelestarian kampus dan salah satu keutamaan yang perlu digerakkan ialah amalan keprihatinan terhadap aktiviti kitar semula.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Ahmad Basri, N. E., Hassan Basri, Tiew Kian Ghee, Md Zain, S., Azimin Samsul Mohd Tazilan, & Rahmah Elfithri. (2024). PENGURUSAN AKTIVITI KITAR SEMULA: KE ARAH KELESTARIAN KAMPUS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA . Jurnal Pengguna Malaysia, 16, 32–41. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/234

Issue

Section

Articles