CORAK PEMBUATAN KEPUTUSAN BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM KALANGAN PENGUSAHA MAKANAN LUAR BANDAR DI SELANGOR
Abstract
Kajian tentang keusahawanan dan kejayaan pengusaha dalam dunia perniagaan menjadi topik utama pada masa kini. Walaupun pelbagai kajian telah dilaksanakan, maklumat berhubung dengan kejayaan pengusaha luar bandar jarang diselidiki. Kebanyakan pengusaha luar bandar adalah wanita yang mengusaha perusahaan memproses makanan secara kecil-kecilan atau perusahaan mikro. Kejayaan ini ialah hasil usaha pihak Jabatan Pertanian Malaysia (JPM) yang giat menjalankan program Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) di kawasan luar bandar. Bertitik tolak dari program tersebut, lahirlah pengusaha-pengusaha wanita yang berjaya dalam bidang pemprosesan makanan. Setelah perusahaan berkembang maju, suami turut terlibat dalam perusahaan dan mereka menjalankan perusahaan bersama- sama.
Kebanyakan wanita di negara membangun terlibat dalam perusahaan mikro disebabkan oleh peluang pekerjaan yang terhad (Singh, Reynolds, & Muhammad, 2001). Di Malaysia, keadaan adalah berbeza kerana wanita di kawasan luar bandar yang telah berkahwin akan membantu suami menjalankan aktiviti pertanian. Selain itu, struktur sosial seperti keluarga, tempat kerja dan kehidupan sosial memberi kesan terhadap wanita untuk mendapatkan peluang bagi menceburi bidang keusahawanan (Aldrich, 1989).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.