AHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP PENGGUNA TERHADAP TRANSAKSI SEWA BELI DI PULAU PINANG

Authors

  • Zuroni Md Jusoh Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Nur Rasyifah Mohd Radzi Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Setiap manusia inginkan kehidupan yang sempurna dengan memenuhi keperluan dan kehendak yang diingini. Bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad, pengguna akan berusaha mendapatkan sesuatu barangan melalui aktiviti sewa beli walaupun nilainya tinggi. Sewa beli ialah aktiviti menyewa barangan dengan opsyen untuk membeli barangan tersebut. Pembayaran dibuat secara ansuran. Pengguna ialah penyewa dan syarikat yang memberi pinjaman ialah pemunya. Hak milik akan hanya berpindah kepada penyewa setelah semua bayaran ansuran dijelaskan.
Menurut Mohd Hamdan (1992), tidak semua pengguna mampu memiliki harta persendirian dengan membelinya secara tunai. Hal ini secara tidak langsung telah mendorong pengguna untuk membelinya secara sewa beli. Membeli secara sewa beli membolehkan pengguna memiliki barang yang mereka idamkan tetapi tidak mampu dimiliki secara tunai pada masa itu.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu penting yang perlu dikaji dengan melihat aspek pengguna, contohnya perkara-perkara penting yang terdapat dalam perjanjian sewa beli. Terdapat sesetengah pengguna tidak mengetahui tentang syarat dan waranti yang terdapat dalam perjanjian sewa beli ini. Dalam pada itu, kebanyakan pengguna tidak mengetahui bahawa perkhidmatan ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna hasil daripada tingkah laku peniaga atau penjual yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi pengguna melalui perkhidmatan yang telah ditawarkan (Mohd Said, 1994).

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Md Jusoh, Z., & Mohd Radzi , N. R. (2024). AHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP PENGGUNA TERHADAP TRANSAKSI SEWA BELI DI PULAU PINANG. Jurnal Pengguna Malaysia, 16. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/239

Issue

Section

Articles