TOLERANSI RISIKO KEWANGAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN PEKERJA SEKTOR AWAM

Authors

  • Nur Atika Atan Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Husniyah Abdul Rahim Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Elistina Abu Bakar Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Askiah Jamaluddin Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Membelanjakan wang yang ada mungkin lebih mudah daripada mendapatkan dan menguruskannya. Sepertimana sumber yang lain, wang juga bersifat terhad dan perlu diurus dengan baik untuk memastikan ia sentiasa cukup bagi memenuhi sebarang keperluan individu. Oleh itu penggunaannya perlu dirancang, diatur dan dikawal mengikut keperluan dan matlamat yang ingin dipenuhi dan dicapai (Fazli dan Jariah, 2005). Seiring dengan perkembangan kewangan global, kini pasaran kewangan dan perbankan tempatan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan pengguna. Pilihan yang pelbagai bagi produk pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman perumahan, insurans termasuklah skim-skim pelaburan memudahkan akses pengguna terhadap produk dan perkhidmatan kewangan yang mereka inginkan. Namun begitu, kewujudan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan adakalanya menimbulkan kekeliruan pihak pengguna dalam membuat keputusan berhubung dengan kewangan mereka, terutamanya dalam menentukan antara keperluan dan kehendak. Data kebankrapan individu menggambarkan keadaan ini, iaitu sehingga Mei 2010, terdapat kira- kira 217,577 individu diisytiharkan bankrap (Bank Negara Malaysia, 2010a).

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Atan, N. A., Abdul Rahim, H., Abu Bakar, E., & Askiah Jamaluddin. (2024). TOLERANSI RISIKO KEWANGAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN PEKERJA SEKTOR AWAM . Jurnal Pengguna Malaysia, 16, 109–123. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/242

Issue

Section

Articles