MASALAH KEWANGAN DALAM KALANGAN KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Authors

  • Nor Dina Abdullah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Laily Paim Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Husniyah Abd Rahim Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Wang begitu penting dalam kehidupan seharian individu dan keluarga kerana ia membolehkan mereka memenuhi keperluan asas. Di samping itu, wang memberi makna tertentu kepada setiap individu atau keluarga di mana ia sering dikaitkan dengan status sosial, kuasa, kejayaan dan sebagai petunjuk kesejahteraan hidup sesebuah keluarga (Fazli dan Jariah, 2003). Bagi membantu memantapkan kedudukan ekonomi sesebuah keluarga, wang diperlukan untuk memenuhi sebahagian besar matlamat atau impian hidup (Mumtazah, Husniyah dan Mariati, 2008).
Namun, sumber kewangan adalah terhad sedangkan terdapat pelbagai matlamat kewangan yang perlu dicapai oleh individu mahupun keluarga. Lanjutan itu, adalah perlu bagi mereka menguruskan wang dengan cekap demi memenuhi matlamat berkenaan. Kegagalan untuk menguruskan wang dengan baik menimbulkan pelbagai masalah kewangan. Cabaran yang dihadapi adalah apabila keinginan sentiasa mempengaruhi keputusan perbelanjaan yang dibuat (Hallman dan Rosenbloom, 1993). Masalah kewangan ini wujud apabila aliran tunai individu menghadapi keadaan di mana perbelanjaan melebihi pendapatan (Inman-Freitas, 1991). Oleh itu, perbelanjaan yang tidak terkawal boleh mengakibatkan tiada lebihan pendapatan, malahan boleh menyebabkan penggunaan sumber daripada simpanan yang dibuat untuk matlamat kewangan jangka panjang.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Abdullah, N. D., Laily Paim, & Abd Rahim, H. (2024). MASALAH KEWANGAN DALAM KALANGAN KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA . Jurnal Pengguna Malaysia, 15, 18–31. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/244

Issue

Section

Articles