PERBANDINGAN LITERASI KEWANGAN SISWA BERASASKAN GENDER
Abstract
Melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti ialah matlamat bagi kebanyakan anak muda di Malaysia. Bagi meningkatkan peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mengeluarkan sejumlah RM7.9 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Jumlah pembiayaan ini memanfaatkan 678,467 pelajar (Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006 - 2010). Walaupun wang tersebut bersifat pinjaman, namun ia merupakan sumber kewangan utama bagi siswa untuk membiayai kehidupan di kampus.
Melangkah ke alam kampus sebagai siswa bermakna mereka perlu berdikari dalam menguruskan kewangan mereka sendiri kerana mula tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Bagi membolehkan siswa bijak menguruskan wang, mereka perlu mempunyai literasi yang tinggi dalam bidang pengurusan kewangan. Literasi kewangan merujuk kepada kebolehan seseorang membuat penilaian dan mengurus hal-hal berkaitan kewangan dengan cekap ke arah pencapaian matlamat hidup dan kesejahteraan kewangan (American Institute of Certified Public Accountants/AICPA, 2003).
Literasi kewangan merangkumi keupayaan dalam membuat pilihan kewangan, perbincangan mengenai wang dan tiada kesulitan dalam isu kewangan, perancangan masa depan serta bertindak balas terhadap kehidupan seharian yang mempengaruhi keputusan kewangan (Vitt, Anderson, Kent, Lyter, Siegenthaler dan Ward, 2000). Kim (2001) merumuskan bahawa literasi kewangan merupakan pengetahuan asas berkaitan aspek kewangan yang diperlukan oleh individu untuk bertingkah laku dalam masyarakat moden.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.