AMALAN PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KALANGAN REMAJA BERSEKOLAH

Authors

  • Husniyah Abd Rahim Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Mumtazah Othman Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan remaja adalah kritikal untuk kesejahteraan kewangan mereka pada alam dewasa. Oleh yang demikian, kemahiran pengurusan kewangan yang diperoleh pada masa remaja adalah penting. Cara atau kaedah remaja menguruskan kewangan mereka perlu dikenal pasti bagi memastikan kedudukan kewangan mereka tidak berada pada tahap yang membimbangkan. Dalam menggunakan wang mereka untuk membeli keperluan dan kehendak, remaja sebagai pengguna pelbagai produk dan perkhidmatan yang berada di pasaran perlu mempunyai amalan pengurusan kewangan yang berhemah. Hal ini penting untuk menjamin sumber kewangan sedia ada yang terhad dapat digunakan dengan sebaik-baik mungkin bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
Menurut Herbig, Koehler, dan Day (1993), remaja sebagai pengguna muda dilihat sebagai generasi yang mempunyai permintaan ganjaran segera. Keadaan ini menimbulkan penggunaan wang yang dihabiskan dalam tempoh yang singkat oleh remaja. Kecenderungan untuk berbelanja berbanding dengan menyimpan atau mengumpulkan wang bagi pembelian barangan bernilai besar dalam kalangan remaja ini merupakan tingkah laku kewangan yang kurang baik yang diamalkan oleh remaja. Namun demikian, melalui pendedahan remaja dengan pelbagai maklumat berkaitan pengurusan kewangan oleh media, sama ada media massa terutamanya Internet, dan juga pendidikan mengenai pengurusan kewangan sama ada secara formal atau tidak formal, keadaan ini mungkin berubah.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Abd Rahim, H., & Othman , M. (2024). AMALAN PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KALANGAN REMAJA BERSEKOLAH . Jurnal Pengguna Malaysia, 15, 77–87. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/248

Issue

Section

Articles