SIKAP DAN AMALAN PERBELANJAAN PENGGUNA PADA MUSIM PERAYAAN
Abstract
Setiap tahun rakyat Malaysia menyambut perayaan dengan penuh gilang- gemilang. Tidak kira kecil atau besar, tua atau muda turut sama meraikannya. Pelbagai persiapan awal dibuat untuk menyambut kehadiran hari lebaran. Jadi, masing-masing sibuk merancang untuk berbelanja sama ada untuk diri sendiri, anak-anak mahupun keluarga, seperti membeli pakaian, makanan, perhiasan rumah, set sofa, langsir dan sebagainya. Peruntukan perbelanjaan ketika menyambut musim perayaan kebiasaannya adalah lebih daripada hari- hari biasa.
Oleh yang demikian, sebahagian daripada suri rumah membuat perancangan awal untuk berbelanja dan ada juga sebahagian lagi berbelanja tanpa membuat perancangan terlebih dahulu. Sebagai contoh, ekoran kenaikan harga minyak di pasaran baru-baru ini, secara tidak langsung telah menyebabkan harga beberapa barangan turut meningkat. Pada masa ini, suri rumah perlu lebih berhati-hati dalam membuat perancangan supaya tidak berlaku masalah pembaziran atau perbelanjaan berlebihan.
Sehubungan inilah, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) sebagai institusi yang terlibat secara terus dalam bidang kepenggunaan merasakan perlu untuk melihat reaksi pengguna dalam berbelanja, terutamanya apabila tiba musim perayaan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.