FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NIAT PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN APLIKASI PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN SECARA DALAM TALIAN DI SUNGAI PETANI, KEDAH
Nur Fatin Afrah Mohamad Badrin dan Afida Mastura Muhammad Arif
Abstract
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi niat pengguna
untuk menggunakan aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan secara dalam
talian (online food delivery, OFD) di Sungai Petani, Kedah. Berdasarkan Model
Penerimaan Teknologi (TAM), empat pemboleh ubah bebas iaitu sikap, persepsi
kebergunaan, persepsi mudah digunakan dan keselamatan dianalisis bagi
menentukan pengaruhnya terhadap niat penggunaan. Kajian ini menggunakan reka
bentuk kuantitatif, dan data dikumpul melalui soal selidik bersemuka melibatkan 200
responden pengguna aplikasi GrabFood, foodpanda dan Pizza Hut Delivery yang
dipilih melalui persampelan mudah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS
meliputi statistik deskriptif, korelasi Pearson dan regresi linear berganda. Dapatan
menunjukkan bahawa persepsi kebergunaan (β = .437, p < .001), sikap (β = .227, p <
.001) dan persepsi mudah digunakan (β = .179, p = .007) merupakan peramal
signifikan terhadap niat penggunaan aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan
secara dalam talian, manakala keselamatan tidak signifikan (β = –.012, p = .844).
Model regresi menjelaskan 52.3% varians niat penggunaan (R² = .523, F(4,195) =
53.36, p < .001). Kajian ini menekankan kepentingan meningkatkan kemudahan
penggunaan dan kebergunaan aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan secara
dalam talian bagi mengukuhkan niat pengguna untuk menerima serta terus
menggunakan perkhidmatan tersebut.
Kata kunci: Aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan secara dalam talian, Niat
penggunaan, Model Penerimaan Teknologi (TAM), Pengguna
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.