PEMBUNGKUSAN PAKAIAN MESRA ALAM: APA RESPON PENGGUNA?
Nur Asma Hafizah Azahar dan Norzalina Zainudin
DOI:
https://doi.org/10.60016/jpm.v41.203Abstract
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara kesedaran alam sekitar, persepsi nilai dan imej jenama terhadap tingkah laku pembelian pakaian dengan pembungkusan mesra alam. Soal selidik dijalankan terhadap pengguna di Puchong, Selangor dengan penglibatan seramai 267 orang responden. Analisis menunjukkan bahawa lebih separuh (55%) daripada responden berada pada tahap pembelian pakaian dengan pembungkusan mesra alam yang tinggi. Konstruks kesedaran alam sekitar, nilai persepsi, dan imej jenama mencatatkan nilai Min yang sederhana hingga tinggi (3.558-3.831) yang mencerminkan bahawa responden mempunyai tahap keprihatinan, penilaian positif serta persepsi imej jenama yang memberangsangkan. Hasil analisis korelasi juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara kesedaran alam sekitar (r=0.687), persepsi nilai (r=0.674) dan imej jenama (r=0.573) dengan tingkah laku pembelian. Hal ini menunjukkan bahawa pengguna yang lebih peka terhadap isu alam sekitar cenderung untuk memilih produk dengan pembungkusan mesra alam. Selain itu, imej jenama yang positif dan persepsi nilai terhadap pembungkusan juga terbukti mempengaruhi keputusan pembelian. Penemuan ini menegaskan bahawa pembungkusan pakaian mesra alam berfungsi
sebagai isyarat penting yang membentuk persepsi pengguna dan meningkatkan niat pembelian mereka. Implikasi kajian ini mencadangkan agar jenama pakaian terus melabur dan berkomunikasi secara strategik mengenai inisiatif pembungkusan lestari untuk meningkatkan daya saing pasaran.
Kata Kunci: Pembungkusan Mesra Alam, Tingkah Laku Pembelian, Imej Jenama,
Nilai Persepsi, Kelestarian
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.