ANALISIS ELEMEN NIAT DALAM KONSEP KEPENGGUNAAN ISLAM
Keywords:
Niat, Kepenggunaan daripada perspektif islam, Penggunaan, penggunaan islam, Pengguna muslimAbstract
Penggunaan adalah salah satu aktiviti dalam kepenggunaan. Ajaran Islam adalah ajaran yang syumul dan membawa kebaikan kepada seluruh masyarakat. Setiap tindakan seorang Muslim mempunyai penilaian dosa dan pahala. Setiap penilaian adalah berpandukan kepada niat. Kebanyakkan kajian berkaitan niat pengguna adalah dilakukan menggunakan teori yang diperkenalkan oleh Barat. Konsep niat yang diperkenalkan oleh Barat sama sekali tidak sama dengan konsep yang ada dalam ajaran Islam. Bahkan pada hari ini masyarakat Muslim kurang mengambil berat perihal berkaitan niat apatah lagi niat dalam aktiviti seharian. Pada dasarnya aktiviti penggunaan adalah salah satu aktiviti seharian yang menjadi harus ke atas seorang Muslim. Namun aktiviti ini boleh berubah situasinya bergantung kepada niat seorang Muslim tersebut. Sesuatu tindakan boleh menjadi berpahala, tidak berpahala atau berdosa. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan perkaitan niat dalam konsep penggunaan Islam. Metode kajian adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual. Artikel ini mendapati bahawa terdapat empat garis panduan penggunaan Islam dan setiap garis panduan ini terlaksana dengan baik sekiranya seseorang Muslim itu mempunyai iman dan ilmu serta menghadirkan niat yang betul dalam setiap tindakan penggunaan mereka.
Abstract
Consumption is one of the activities in consumerism. Islam’s teachings are comprehensive and bring good benefit for the whole society. Every action of a Muslim will be asses for their sin and reward. Each assessment is guided by intent. Most studies related to consumer intentions are done using theories introduced by the West. The concept of intention of the West is not same as the concept in the teachings of Islam. Even today, the Muslim community places less emphasis on intentions, let alone intentions in daily activities. Basically, the activity of consumption is one of the daily activities that becomes a must for a Muslim. However, this activity can change the situation depending on the intention of the Muslim. An action can be rewarding, unrewarding or sinful. Therefore, this paper will discuss the relevance of intention in the concept of Islamic consumption. The research method is qualitative by using interview method. This paper finds that there are four guidelines for the use of Islam and each of these guidelines is well implemented if a Muslim has faith and knowledge and presents the right intention in every act of their consumtion.
Keywords: Consumption from an islamic perspective; Consumption; Muslim consumers.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.