ANALISIS FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NIAT PEMBELIAN PRODUK HILIRAN KELAPA SAWIT DI MALAYSIA

Authors

  • Mohd Ikram Mohamad @ Yuso Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Lai Wei Sieng Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mustazar Mansur Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kelapa sawit, Produk hiliran, Niat pembelian, Media sosial, Harga, Jenama, Nilai tanggapan

Abstract

Produk hiliran kelapa sawit memberikan pulangan yang lebih menarik berbanding produk huluannya. Namun begitu, kajian mengenai faktor-faktor niat pembelian produk hiliran kelapa sawit adalah terhad terutamanya di Malaysia. Oleh itu, kertas ini mengkaji samada pengetahuan produk, media sosial, harga, jenama, nilai tanggapan, dan usaha kerajaan mempengaruhi niat pembelian produk hiliran kelapa sawit melalui kaedah soal selidik. Sebanyak 733 responden menjawab kaji selidik yang dijalankan antara bulan Ogos dan September 2021 di seluruh Malaysia. Hasil kajian mendapati hanya pengetahuan produk dan media sosial mempengaruhi niat pembelian produk hiliran kelapa sawit. Manakala harga, jenama, nilai tanggapan, dan usaha kerajaan adalah tidak signifikan dalam mempengaruhi niat pembelian produk hiliran kelapa sawit. Oleh sebab itu, latihan pemasaran media sosial kepada graduan dan pekerja berpengalaman adalah sangat penting terutamanya untuk memastikan permintaan produk hiliran kelapa sawit sentiasa tinggi.

Downloads

Published

26-10-2024

How to Cite

Mohamad @ Yuso, M. I., Lai Wei Sieng, & Mansur, M. (2024). ANALISIS FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NIAT PEMBELIAN PRODUK HILIRAN KELAPA SAWIT DI MALAYSIA . Jurnal Pengguna Malaysia, 38(1), 75–95. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/52

Issue

Section

Articles