TAHAP KESEDARAN, PENGETAHUAN DAN SIKAP PELAJAR UPM MENGENAI AMALAN KESELAMATAN SIBER MELALUI AKTIVITI PEMBELIAN DALAM TALIAN
Keywords:
Tahap kesedaran, Pengetahuan, Sikap, Amalan keselamatan siber, Pembelian dalam talianAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran, pengetahuan, dan sikap pelajar UPM mengenai amalan keselamatan siber di dalam pembelian dalam talian. Seramai 200 orang pelajar UPM melalui persampelan mudah telah menjawab borang soal selidik sebagai instrumen utama kajian. Hasil analisis deskriptif terhadap interprestasi skor purata bagi setiap pemboleh ubah adalah melebihi 3.67 yang menggambarkan bahawa tahap kesedaran, pengetahuan, sikap dan amalan pelajar UPM dalam aktiviti pembelian dalam talian berada pada tahap yang baik. Hasil analisis korelasi Pearson mendapati bahawa terdapat perhubungan signifikan yang kuat di antara tahap kesedaran (r = 0.93; p = 0.00); pengetahuan (r = 0.81; p = 0.00) dan sikap (r = 0.83; p = 0.00) dengan amalan keselamatan siber. Ujian regresi linear pelbagai pula menunjukkan bahawa tahap kesedaran pelajar UPM merupakan faktor paling dominan (β = 0.679; p = 0.00) yang mempengaruhi amalan keselamatan siber di dalam aktiviti pembelian dalam talian. Secara umumnya, hasil kajian ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar, masyarakat dan pihak kerajaan supaya tahap kesedaran, pengetahuan dan sikap mengenai amalan keselamatan siber di dalam aktiviti pembelian dalam talian ini. Kajian ini dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang sentiasa berwaspada di dalam melakukan aktiviti pembelian dalam talian ini supaya tidak mudah menjadi mangsa kepada jenayah siber ini.
Abstract
This study aims to examine the level of awareness, knowledge, and attitude of UPM students on cyber security practices in online purchases. A total of 200 UPM students who were selected through convenience sampling answered the questionnaire as the main instrument of the study. The results of the descriptive analysis of the average score interpretation for each variable is above 3.67 which reflects that the level of awareness, knowledge, attitude, and practice of UPM students in online purchasing activities is at a high/good level. The results of Pearson correlation analysis showed that there is a strong significant relationship between levels of awareness (r = 0.93; p = 0.00; knowledge (r = 0.81; p = 0.00) and attitudes (r = 0.83; p = 0.00) with cyber security practices. Multiple linear regression tests show that the level of awareness of UPM students is the most dominant factor (β =0.67; p = 0.00) that influences cyber security practices in online purchasing activities. In general, the results of this study can benefit students, the community, and the government so that the level of awareness, knowledge, attitude about cyber security practices in this online purchasing activities. This study can create a society that is always vigilant in doing this online shopping activities so that it is not easy to fall victim to this cybercrime. Keywords: Level of awareness; Knowledge, Attitude; Cybersecurity practices; Online purchase
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.