PERBELANJAAN ISI RUMAH MUSLIM: SEJAUH MANAKAH TAHAP KEMAMPANAN ISI RUMAH?
Keywords:
Kemampanan, Isi Rumah Muslim, ‘Indeks Penggunaan Mampan’, Dharuriyyat (Perkara Asas), Hajiyyat (Keperluan), Tahsiniyyat (Kemewahan)Abstract
Daya tahan isi rumah sangat berkait rapat dengan kualiti hidup. Kualiti hidup yang sejahtera dapat dicapai melalui pengurusan perbelanjaan penggunaan dan pendapatan secara berhemah. Sistem ekonomi Islam telah menggariskan kaedah atau cara perbelanjaan terbaik bagi setiap jiwa individu Muslim menerusi ‘Model Perbelanjaan Islam’ dengan memberi penekanan terhadap kepentingan dharuriyyat (perkara asas), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyyat (kemewahan). Kepentingan ini dianjurkan bagi melindungi kemashalatan dan menolak kemudaratan kepada seseorang individu sebagaimana yang disarankan dalam Maqasid Syariat. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap kemampanan perbelanjaan isi rumah Muslim di seluruh negeri Terengganu berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata yang dijalankan ke atas 635 orang responden. Pembentukan nilai ‘Indeks Penggunaan Mampan’ diaplikasikan dalam penulisan ini bagi mengukur sejauhmana individu Muslim itu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dan juga keadaan ekonomi masa kini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemampanan perbelanjaan penggunaan isi rumah Muslim di negeri Terengganu masih berada pada tahap yang rendah. Ini bermakna semua pihak berkepentingan seharusnya memainkan peranan masing-masing terhadap pengurusan perbelanjaan yang lebih bijak dan diredhai Allah.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.