ANALISIS PERKAITAN ANTARA SOSIOEKONOMI DENGAN KEPUASAN PELANCONGAN DALAM KALANGAN TAMU INAP DESA DI PULAU LANGKAWI
Keywords:
Inap desa, Kepuasan perkhidmatan, Pelancongan, Pelancong domestik, SosioekonomiAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perkaitan antara faktor sosioekonomi dengan kepuasan pelancongan dalam kalangan tamu inap desa di Pulau Langkawi. Seramai 364 tamu inap desa telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati hanya faktor umur menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kepuasan perkhidmatan inap desa dan pelancongan, manakala faktor pendapatan isi rumah dan juga tahap pendidikan tidak menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan kepuasan perkhidmatan inap desa dan pelancongan. Selain itu, pelancong memilih menginap di tamu inap desa yang berdekatan dengan pantai dan sawah padi yang menyediakan pemandangan yang cantik. Kebanyakan pelancong wanita memilih tamu inap desa yang berhampiran dengan pantai. Implikasi kajian ini menunjukkan pelancong muda yang bercuti ke Langkawi lebih gemar menginap di tamu inap desa bersama rakan mereka. Hasil kajian ini menyumbang kepada dapatan data untuk pemilik tamu inap desa, pihak LADA dan pusat pelancongan Langkawi khususnya, dan Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya amnya.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.