FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PILIHAN PEMBELIAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN PENGGUNA: SATU KAJIAN KES DALAM ERA PANDEMIK COVID-19
Keywords:
Faktor, Pilihan pengguna, Pembelian, Covid-19, MalaysiaAbstract
Pemilihan pembelian barangan dan perkhidmatan pengguna dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sosio-demografi dan personaliti. Walaupun begitu, kajian berkaitan faktor pilihan pembelian barangan dan perkhidmatan pengguna di era pandemik Covid-19 ini masih kurang dijalankan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor tersebut. Seramai 1791 orang responden dipilih secara persampelan mudah. Kesemua responden yang terlibat di dalam kajian melalui dalam dan luar talian. Analisis deskriptif dilakukan bagi memperihalkan status sosio- demografi responden serta faktor yang mempengaruhi pilihan responden dalam pembelian barangan dan perkhidmatan. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden terdiri daripada perempuan (57.0%), Bumiputera (81.5%), berumur antara 25-30 tahun (29.1%) dan 31-40 tahun (29.1%), mempunyai isirumah 1-5 orang (76.3%) dan tinggal di bandar (60.2%). Pendidikan responden adalah setakat tingkatan 1-5 (29.9%), bekerja di sektor swasta (36.7%) dan pendapatan isirumah sebanyak RM1001-2000 sebulan (22.4%). Faktor sosio-demografi dan peribadi (pendapatan (68.3%), nilai dan budaya (pegangan agama (67.3%), dan sosial (keluarga (46.5%) merupakan faktor terpenting bagi responden dalam membuat pilihan pembelian barangan dan perkhidmatan pengguna. Kesimpulannya, pengguna membuat pilihan pembelian barangan dan perkhidmatan berasaskan kepada pendapatan, pegangan agama serta pendapat ahli keluarga mereka. Oleh itu, program pendidikan kepenggunaan yang akan dijalankan oleh agensi kerajaan atau swasta boleh memasukkan elemen-elemen ini ke dalam modul program bagi memastikan tingkah laku pembelian pengguna menjadi lebih baik.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.