KEBAIKAN, KELEMAHAN DAN ISU SEMASA E-DAGANG

Authors

  • Zulfamy Mat Udi Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
  • Mohamad Fazli Sabri Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Abstract

Di Malaysia, perkembangan teknologi maklumat yang pesat turut mendorong kepada kemajuan ekonomi Malaysia secara tidak langsung. Pertambahan mendadak pengguna Internet di Malaysia merupakan fenomena besar terhadap dunia perdagangan. Internet terbukti memberikan kesan dan manfaat berskala besar kepada manusia di seluruh dunia termasuklah komuniti usahawan (Noordin, 2012). Ledakan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat, terutamanya dalam perkembangan Internet telah memberi kesan kepada penggunaan elektronik secara menyeluruh dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah e-niaga, e-kerajaan dan e-dagang.
Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang (Electronic Commerce – e-Commerce) ialah sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat, terutamanya telekomunikasi canggih dan talian Internet untuk berurusan dengan pelanggan. Ia merupakan kegiatan perniagaan menggunakan Internet sebagai instrumen pemasaran dengan jangkauan potensi jualan ke serata dunia tanpa sempadan geografi (Noordin, 2012). Pada asasnya e-dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu e-dagang antara perniagaan dengan perniagaan dan e-dagang antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang antara perniagaan dengan perniagaan melibatkan transaksi antara dua atau lebih syarikat, iaitu satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi antara penjual produk akhir dengan pengguna.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Mat Udi, Z., & Sabri, M. F. (2024). KEBAIKAN, KELEMAHAN DAN ISU SEMASA E-DAGANG. Jurnal Pengguna Malaysia, 26, 65–79. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/165

Issue

Section

Articles