PERMINTAAN INSTITUSI TERHADAP PERKHIDMATAN KATERING
Abstract
Perkhidmatan katering adalah salah satu cabang dalam industri hospitaliti. Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan katering yang ditawarkan seperti perkhidmatan restoran, perkhidmatan katering secara kontrak, perkhidmatan katering secara tempahan, perkhidmatan katering pengangkutan dan perkhidmatan katering bergerak (Aishah, 1992). Namun, perkhidmatan katering secara amnya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu perkhidmatan katering secara komersial dan perkhidmatan katering secara kebajikan atau subsidi. Perkhidmatan katering secara komersil dijalankan di sesebuah organisasi milikan awam mahupun swasta seperti pejabat kerajaan dan hotel, dengan katering boleh menjadi aktiviti utama atau sekunder organisasi tersebut. Manakala perkhidmatan katering secara kebajikan atau subsidi lazimnya dijalankan di institusi seperti sekolah, pusat pengajian tinggi, hospital, kolej, penjara dan perkhidmatan kebajikan (Maimunah et al., 2003; Kotas & Jayawardena, 1994). Walaupun begitu, menurut Wilson et al. (2000), sejak kebelakangan ini saiz dan skop katering secara kontrak telah tumbuh dengan ketaranya dalam industri hospitaliti. Hal ini tidaklah menghairankan kerana pengusaha katering secara kontrak biasanya telah mempunyai pengalaman bekerja terdahulu di hotel ataupun restoran (Wilson et al., 1998).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.