PENGENALPASTIAN ATRIBUT-ATRIBUT RUMAH LESTARI DALAM MODEL PILIHAN: PERBINCANGAN KUMPULAN BERFOKUS
Abstract
Rumah lestari didefinisikan sebagai satu perancangan, reka bentuk dan sebuah bangunan tempat tinggal yang lebih sosial, lebih mesra alam sekitar dan lebih ekonomi (Queensland Government, 2004). Menurut Buys et al. (2005), rumah lestari berperanan sebagai panduan asas dalam menggunakan reka bentuk struktur, produk-produk bangunan, peralatan domestik dan peralatan elektronik dalam usaha meminimumkan penggunaan sumber- sumber tenaga, memanjangkan jangka hayat rumah dan menambah baik kehidupan penghuninya. Rumah lestari ini menyumbang ke arah mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, mengurangkan pencemaran udara, mengurangkan permintaan air, mengurangkan penggunaan bahan mentah, mengurangkan sisa buangan dan degradasi tanah serta meningkatkan kualiti udara dan kesihatan (Institute for Sustainable Futures, 2003).
Konsep kelestarian dalam pembangunan perumahan pula adalah tentang memenuhi keperluan asas manusia, dapat mengurangkan sisa bahan buangan, keperluan meminimumkan penggunaan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharu dan mempertingkatkan penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharu (Ilias et al., 2010). Konsep ini masih baharu di Malaysia, oleh itu hanya sebahagian kecil daripada projek perumahan yang benar-benar menjadi suatu amalan pembangunan lestari.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.