ZAKAT PERAK: ASAS KEWAJIPAN DAN AMALAN DI MALAYSIA

Authors

  • Muhsin Nor Paizin Pusat Pungutan Zakat, Kuala Lumpur

Abstract

Zakat adalah derivatif daripada perkataan bahasa Arab yang memberikan berbagai-bagai makna seperti tumbuh, suci, rahmat dan berkembang. Secara terminologi, ulama fikah, seperti yang dinyatakan oleh Mujaini Tarimin (2012), mendefinisikan zakat sebagai “penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada segolongan orang yang berhak menerimanya melalui amil yang bertauliah bagi mencari keredhaan Allah (ibadah), penyucian diri dan harta kekayaan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.”
Secara umum, zakat boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah merupakan zakat peribadi yang juga dikenali sebagai zakat badan ataupun zakat bulan Ramadan yang kewajipannya hanya pada bulan Ramadan sahaja. Manakala zakat harta terdiri daripada zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat perak, zakat wang simpanan, zakat saham, dan sebagainya yang jenisnya berkembang selaras dengan definisi dan pemilikan harta yang sentiasa berubah dalam sesuatu zaman. Namun begitu, artikel ini mengehadkan penelitian kepada zakat perak sahaja.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Nor Paizin, M. (2024). ZAKAT PERAK: ASAS KEWAJIPAN DAN AMALAN DI MALAYSIA. Jurnal Pengguna Malaysia, 24, 30–44. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/179

Issue

Section

Articles