SKOP SENSITIVITI PELAJAR ISLAM TERHADAP HUKUM HALAL HARAM URUSAN MUAMALAT
Abstract
Hukum syariah merupakan asas paling penting dalam amalan hidup umat Islam (Raja Nerina, 2009; Saeed, 2006). Hukum halal dan haram adalah dasar utama dalam menjalani aktiviti muamalat penggunaan dalam Islam. Pengamalan nilai-nilai Islam, terutamanya pematuhan terhadap hukum syariah perlu dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan, termasuklah dalam kedua-dua urusan tersebut. Masyarakat Islam pada masa kini sering menyalahertikan pengertian sebenar urusan muamalat dengan kefahaman bahawa ia hanya berkaitan dengan aktiviti pengurusan dan pemilikan harta atau dirujuk sebagai aktiviti kewangan sahaja (Mahmood Zuhdi, 1999), sedangkan ia sebenarnya turut merangkumi aktiviti seperti jual beli, penggunaan perkhidmatan dan barangan (Abdul Karim & Mohd Nazri, 2013; Mohd Nasran, Ahmad Dahlan & Nik Abd. Rahim, 2008). Aktiviti kepenggunaan berdasarkan al-Quran pula dirujuk sebagai perintah seperti “belanjalah”, “makanlah”, “pakailah”, “berikanlah” dan “tinggalkanlah” kerana Allah menyuruh manusia menggunakan perkara yang diamanahkan oleh-Nya (Noor Áshikin, Nur Amani & Shariffah, 2011).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.