PERANCANGAN KEWANGAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM BERAGAMA ISLAM

Authors

  • Mohd. Amim Othman Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM
  • Husniyah Abd. Rahim Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM
  • Ab. Mumin Ab. Ghani Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, UM

Abstract

Penjawat awam merupakan tulang belakang dalam pelaksanaan dasar-dasar penting kerajaan. Justeru, masalah kewangan yang dihadapi oleh penjawat awam akan menganggu prestasi kerja mereka. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, pada tahun 2009 sahaja seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, terdapat seramai 1086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki (Bernama, 2009). Jumlah ini tidak termasuk individu yang sudah disenaraihitamkan oleh agensi pengurusan hutang seperti CCRIS dan CTOS. Jumlah penjawat awam yang menghadapi masalah kewangan dijangka meningkat apabila kewangan semasa mereka dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup ekoran peningkatan kos bahan api dan pelaksanaan GST pada awal bulan Mei 2015. Masalah kewangan mempengaruhi kesejahteraan hidup individu dan isi rumah, justeru terdapat isi rumah yang mengalami kesejahteraan hidup yang rendah hasil daripada kesejahteraan kewangan yang kurang stabil. Memenuhi keperluan jangka panjang sama pentingnya dengan memenuhi keperluan pada masa sekarang. Peruntukan pendapatan oleh individu bagi memenuhi pelbagai aspek keperluan kewangan dipercayai menjadi antara perkara penting yang memberi kesan kepada kesejahteraan kewangan pengguna.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Othman, M. A., Husniyah Abd. Rahim, & Ab. Mumin Ab. Ghani. (2024). PERANCANGAN KEWANGAN DAN KESEJAHTERAAN KEWANGAN DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM BERAGAMA ISLAM. Jurnal Pengguna Malaysia, 24, 96–112. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/183

Issue

Section

Articles