FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU PENGGUNAAN KOD QR DALAM AKTIVITI PEMBAYARAN OLEH PELAJAR UNIVERSITI AWAM DI LEMBAH KLANG (FACTORS AFFECTING BEHAVIOR OF USING QR CODE IN PAYMENT ACTIVITIES BY PUBLIC UNIVERSITY STUDENTS IN THE KLANG VALLEY)
Abstract
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi tingkah laku penggunaan kod QR dalam aktiviti pembayaran oleh pelajar universiti awam di
Lembah Klang. Hal ini kerana, berdasarkan kajian lepas, terdapat pengurangan
dalam penggunaan tunai wujud dalam kalangan pengguna yang terutamanya
disebabkan oleh masalah keselamatan pengguna. Berdasarkan data yang diperoleh
oleh Marisah (2023), terdapat sebahagian pengguna pada masa kini lebih memilih
penggunaan pembayaran secara elektronik; dan salah satu faktor yang
menyebabkan pengguna beralih kepada pembayaran secara elektronik adalah
disebabkan berlakunya kegiatan jenayah apabila pengguna perlu membawa tunai
yang banyak. Selain itu, kes kehilangan atau keciciran kad bank yang sering berlaku
dalam kalangan pengguna juga telah membuatkan pengguna berasa takut untuk
terus menggunakan perkhidmatan PayWave yang ada pada kad debit mereka. Oleh
yang demikian, kajian berkaitan penggunaan kod QR ini dilakukan terhadap pelajar
universiti kerana perubahan tersebut adalah ketara dalam kalangan pelajar. Terdapat
220 orang pelajar universiti awam yang telah terlibat di dalam kajian ini dengan
menggunakan kaedah pemilihan persampelan rawak berkelompok dan persampelan
rawak mudah. Terdapat tiga universiti awam yang telah dipilih iaitu Universiti Putra
Malaysia, Universiti Malaya, dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Oleh itu,
berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, terdapat tiga faktor yang
menunjukkan hubungan yang positif dan mempengaruhi penggunaan pelajar
terhadap kod QR dalam aktiviti pembayaran iaitu faktor sikap, jangkaan kemudahan,
dan norma sosial. Manakala faktor penerimaan teknologi dan jangkaan kebergunaan
adalah faktor yang tidak mempengaruhi penggunaan kod QR ketika pembayaran.
Berdasarkan nilai yang diperolehi (r= 0.685, p= 0.000), faktor sikap telah
menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna telah bertingkah laku untuk menggunakan aplikasi pembayaran dengan menggunakan kaedah imbasan kod QR
ketika pembayaran adalah disebabkan sikap pengguna itu sendiri. Hal ini telah
terbukti apabila kebanyakan responden merasakan bahawa mereka telah sedar
tentang penggunaan kod QR dan mereka perlu menggunakan kemudahan tersebut
ketika ingin melakukan pembayaran di dalam kehidupan seharian mereka. Namun
terdapat juga faktor-faktor lain yang tidak dikaji dan telah menjadi faktor kepada
penggunaan kod QR ketika pembayaran. Oleh itu, pengkaji ingin mencadangkan
kepada pengkaji akan datang untuk memberi fokus kepada faktor-faktor lain serta
menjalankan kajian terhadap populasi yang berbeza.
Kata kunci: Pelajar Universiti Awam, Tingkah Laku, Kemudahan Penggunaan,
Kebergunaan, Teknologi, Norma Sosial, Sikap.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.