KAJIAN KUALITATIF TERHADAP KAEDAH PERKONGSIAN UNTUNG KEPADA PESERTA DALAM TAKAFUL (A QUALITATIVE STUDY ON PROFIT SHARING METHODS TO PARTICIPANTS IN TAKAFUL)
Abstract
Konsep pembahagian untung dalam takaful adalah antara ciri unik yang menjadi
antara sebab tarikan pengguna untuk melanggani produk-produk takaful. Namun,
sehingga kini masih ramai masyarakat pengguna yang tidak memahami tentang hak
berkongsi untung dalam takaful dan bagaimana bayaran keuntungan kepada peserta
ditaksirkan dan dibayar kepada peserta. Di samping itu, terdapat hanya segelintir
penulisan dan kajian berkaitan kaedah dan mekanisme agihan keuntungan kepada
peserta, hak dan syarat-syarat yang melayakkan seseorang peserta takaful layak
mendapat bahagian perkongsian lebihan dana takaful, serta faktor-faktor yang
menentukan jumlah amaun keuntungan yang layak diperolehi oleh peserta. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual bersama wakil dari kesemua
empat pengendali takaful am yang beroperasi di Malaysia. Hasil kajian mendapati
tahap kesedaran dalam kalangan peserta-peserta takaful mengenai hak dan
kelayakan mereka atas lebihan dana takaful masih rendah. Artikel ini juga mengupas
beberapa amalan dalam industri takaful yang berbeza-beza di antara satu pengendali
takaful dengan pengendali takaful yang lain yang boleh diselaraskan untuk
memberikan impak yang lebih baik dalam menjaga maslahah dan kebajikan
pengguna produk-produk takaful dan seterusnya memberikan imej yang lebih baik di
mata umum yang akhirnya boleh menarik minat lebih ramai menyertai produk-produk dan perkhidmatan takaful.
Kata kunci: Kewangan Islam, Takaful, Insurans Islam, Pengendali Takaful,
Perlindungan Syariah, Lebihan Agihan Dana Takaful, Tabarru’
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.