PENGISTILAHAN AL-WAQFUL ’AJIL BIQARDHIL HASAN (WAQH) SEBAGAI SATU INSTRUMEN KEWANGAN SOSIAL BAGI MEMBIAYAI PROJEK BERKAITAN KEPENTINGAN AWAM (THE TERMINOLOGY OF AL-WAQFUL ’AJIL BIQARDHIL HASAN (WAQH) AS A SOCIAL FINANCIAL INSTRUMENT FOR FINANCING THE PROJ

Authors

  • Mohd Amim Othman

Abstract

”Al-Waqful’ Ajil Biqardhil Hasan” (WAQH) adalah terma yang merujuk pada transaksi
pinjaman tanpa faedah dan bayaran balik modal berasaskan sumbangan waqf
tertangguh pada tempoh ditentukan seperti yang telah dipersetujui oleh pihak yang
berkontrak. Dari aspek pelaksanaan, WAQH merupakan satu projek pembiayaan
orang ramai yang menemukan tiga pihak iaitu peminjam modal tanpa faedah (qardhul hasan) dan pembayar pinjaman (muwaqif) dengan projek diurus oleh pihak ketiga (pelaksana) dengan kadar upah yang ditetapkan. Manfaat yang diperoleh peminjam adalah ganjaran pahala daripada Allah SWT berdasarkan jumlah kehilangan
keuntungan simpanan akibat pindahan wang tunai dari akaun simpanan pemberi
pinjam ke akaun pelaksana. Manakala manfaat kepada muwaqif adalah ganjaran
pahala daripada nilai pindahan wang tunai dari akaun simpanan muwaqif ke akaun
pelaksana bagi menebus hutang yang diberikan oleh peminjam modal. Secara
praktis tiga (3) projek WAQH telah dilaksanakan melibatkan nilai sumbangan waqf
berjumlah hampir RM900,000. Namun, disebabkan WAQH merupakan sebuah
instrumen kejuruteraan kewangan sosial yang baru, maka terdapat keperluan untuk
mengistilahkan WAQH bagi memudahkan masyarakat awam memahami tentang
kaedah pembiayaan projek yang bakal dilaksanakan. Berdasarkan pelaksanaan
beberapa projek terdahulu yang mengunakan instrumen WAQH, projek didapati
berjaya diurus dengan baik dan kos barangan tidak terkesan akibat kenaikan inflasi
kerana barangan pembinaan dan upah telah dibayar dan ditentukan lebih awal dan
kemungkinan kegagalan sesuatu projek dapat dielakkan. Di samping itu, keyakinan
masyarakat dalam menyediakan sumbangan dana waqf lebih tinggi berbanding
konsep semasa yang menunggu dana waqf terkumpul sebelum melaksanakan projek
yang dihajatkan. Ini disebabkan projek yang bakal menerima sumbangan waqf telah dilaksanakan dan hampir siap. Kesan positif dari kemajuan projek yang mengikut
jadual mewujudkan keghairahan muwaqif untuk berlumba-lumba mendapatkan lot
waqf terhad yang ditawarkan oleh pihak pelaksana. Ketika ini, fokus utama WAQH
tertumpu dalam melaksanakan projek yang berkaitan dengan kewangan sosial yang
memberi manfaat kepada masyarakat seperti pembinaan masjid dan surau serta
kemudahan awam seperti tandas, pendingin hawa dan jambatan.

Kata kunci: Qardhul Hasan, Waqf’ Ajil, Muwaqif, Pemberi Pinjaman, Pelaksana

Downloads

Published

31-12-2024

How to Cite

Othman, M. A. (2024). PENGISTILAHAN AL-WAQFUL ’AJIL BIQARDHIL HASAN (WAQH) SEBAGAI SATU INSTRUMEN KEWANGAN SOSIAL BAGI MEMBIAYAI PROJEK BERKAITAN KEPENTINGAN AWAM (THE TERMINOLOGY OF AL-WAQFUL ’AJIL BIQARDHIL HASAN (WAQH) AS A SOCIAL FINANCIAL INSTRUMENT FOR FINANCING THE PROJ. Jurnal Pengguna Malaysia, 40(2), 98–118. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/267

Issue

Section

Articles