PENGARUH ALAT PEMASARAN HIJAU TERHADAP TINGKAH LAKU PEMBELIAN PENGGUNA DI SELANGOR (THE EFFECT OF GREEN MARKETING TOOLS ON CONSUMER BUYING BEHAVIOR IN SELANGOR)

Authors

  • Nor Shafika Zulkepli
  • Jasmine Leby Lau

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh alat pemasaran hijau terhadap
tingkah laku pembelian pengguna di Selangor. Terdapat seramai 279 penduduk
Selangor yang terlibat dalam kajian ini di mana mereka dipilih melalui persampelan
secara mudah. Kesemua data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik
sebagai instrument kajian. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji
hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar (label eko, iklan alam sekitar dan
pembungkusan hijau) dengan pemboleh ubah bersandar (tingkah laku pembelian
pengguna). Regresi Linear Berganda digunakan untuk meramalkan faktor alat
pemasaran hijau yang mempengaruhi tingkah laku pembelian pengguna. Keputusan
Pekali Korelasi Pearson menunjukkan bahawa label eko (r = 0.752, p < 0.01), iklan
alam sekitar (r = 0.840, p < 0.01) dan pembungkusan hijau (r = 0.843, p < 0.01)
mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku pembelian pengguna di
Selangor. Hasil analisis Regresi Berganda Linear menunjuukan label eko, iklan alam
sekitar dan pembungkusan hijau secara signifikan mempengaruhi tingkah laku
pembelian pengguna di Selangor (2
terlaras = 0.767, p < 0.01). Hasil kajian ini
mencadangkan iklan alam sekitar mempunyai pengaruh yang paling dominan
terhadap tingkah laku pembelian penngguna di Selangor. Adalah disarankan
penyelidik kajian masa depan untuk mengambil kira faktor-faktor lain dalam kajian
alat pemasaran hijau. Kajian masa akan datang juga boleh diperluas dengan
melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia dengan saiz sampel yang lebih besar
untuk menghasilkan data yang lebih releven.

Kata kunci: label eko, iklan alam sekitar, pembungkusan hijau, tingkah laku
pembelian pengguna

Downloads

Published

31-12-2024

How to Cite

Zulkepli, N. S., & Leby Lau, J. (2024). PENGARUH ALAT PEMASARAN HIJAU TERHADAP TINGKAH LAKU PEMBELIAN PENGGUNA DI SELANGOR (THE EFFECT OF GREEN MARKETING TOOLS ON CONSUMER BUYING BEHAVIOR IN SELANGOR). Jurnal Pengguna Malaysia, 40(2), 119–140. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/268

Issue

Section

Articles