KEMAMPUAN GOLONGAN DEWASA MEMBELI RUMAH ANTARA BANDAR DAN LUAR BANDAR DI NEGERI PERAK
Abstract
Pemilikan rumah adalah penting untuk setiap individu menyediakan keselesaan kepada penghuni rumah dan menjalankan aktiviti bersama ahli keluarga. Namun, peningkatan kos sara hidup mendorong kos pembinaan rumah semakin meningkat dan seterusnya menyebabkan individu tidak mampu memiliki rumah. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor mempengaruhi kemampuan membeli rumah di Perak dalam kalangan golongan dewasa. Seramai 100 orang dewasa bandar dan luar bandar telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik yang disediakan. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan Microsoft Excel. Hasil kajian mendapati faktor utama mempengaruhi golongan dewasa tidak mampu memiliki rumah adalah faktor pendapatan. Kajian ini mencadangkan beberapa strategi bagi masyarakat untuk mampu memiliki rumah, antaranya ialah golongan dewasa boleh mencari pekerjaan sampingan bagi menampung kemampuan membeli rumah. Implikasinya, kajian mencadangkan pihak berkepentingan perlu memberi pendedahan awal dan pengetahuan tentang penggunaan wang dan tabiat menabung sejak kecil lagi supaya mereka belanja dengan bijak dan menabung untuk melabur dan pembelian rumah bila dewasa.
Kata kunci: Golongan dewasa, Aset rumah, Bandar, Luar bandar, Perak.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.