PENGARUH PERSEKITARAN KAFETERIA KE ATAS TINGKAH LAKU PEMBELIAN PENGGUNA DI LEMBAH KLANG

Authors

  • Syuhaily Osman
  • Muhammad Rahmat Jamaluddin

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh persekitaran kafeteria terhadap tingkah
laku pembelian pengguna di Lembah Klang dengan memfokuskan kepada pengaruh
muzik, warna, dan atmosfera. Analisis deskriptif dijalankan terhadap latar belakang
responden yang mana data telah dikumpulkan dari 250 orang di kawasan Lembah
Klang dengan menggunakan persampelan mudah. Kajian ini dijalankan bermula
Oktober 2023 hingga Disember 2023. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan
terdapat perhubungan yang positif antara kesemua pengaruh persekitaran kafeteria,
iaitu muzik (r=0.498, p=0.000), warna (r=0.723, p=0.000), dan atmosfera (r=0.744,
p=0.000) dengan tingkah laku pembelian pengguna. Manakala hasil analisis regresi
berganda pula mendapati pengaruh warna adalah yang paling dominan dengan nilai
β=0.512, p=0.000 dalam mempengaruhi tingkah laku pembelian pengguna di
Lembah Klang. Berdasarkan hasil kajian ini, dapat disimpulkan bahawa persekitaran
kafeteria mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku pembelian pengguna. Implikasi
kajian pula menekankan bahawa langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan, menyediakan variasi muzik dan warna yang lebih sesuai, dan
memberikan perhatian kepada atmosfera kafeteria adalah penting dalam
memberikan keselesaan dan meningkatkan kepuasan pengguna.

Kata kunci: Pengaruh persekitaran kafeteria; Muzik; Warna; Atmosfera; Tingkah laku
pembelian

Downloads

Published

31-12-2024

How to Cite

Osman, S., & Jamaluddin, M. R. (2024). PENGARUH PERSEKITARAN KAFETERIA KE ATAS TINGKAH LAKU PEMBELIAN PENGGUNA DI LEMBAH KLANG. Jurnal Pengguna Malaysia, 40(1), 160–182. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/282

Issue

Section

Articles