FAKTOR MEMPENGARUHI KEPUASAN PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENDUDUK RUMAH KOS RENDAH (PPR) DI TAWAU, SABAH

Authors

  • Norjanna Jahada Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
  • Jasmine Leby Lau Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Kepuasan perumahan, Rumah kos rendah, Ciri-ciri fizikal perumahan, Keselamatan perumahan, Integrasi sosial

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara faktor kepuasan (ciri-ciri fizikal, keselamatan dan integrasi sosial) dengan kepuasan perumahan serta mengenal pasti kesan faktor kepuasan (ciri-ciri fizikal, keselamatan, dan integrasi sosial) terhadap kepuasan perumahan dalam kalangan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Balung, Tawau, Sabah. Sebanyak 150 wakil isi rumah terlibat dalam kajian ini dan responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah. Data dikumpulkan melalui borang soal selidik yang ditadbir sendiri. Hasil kajian menunjukkan bahawa keselamatan perumahan mempunyai perkaitan positif dengan kepuasan perumahan (r = .56, p < .001), diikuti oleh integrasi sosial (r = .55, p < .001), dan ciri-ciri fizikal rumah (r = .48, p < .001). Sementara itu, hasil analisis regresi berganda menunjukkan bahawa model ini menyumbang sebanyak 41.6%, iaitu faktor keselamatan merupakan penyumbang yang paling signifikan terhadap kepuasan perumahan dalam kalangan penduduk. Hasil kajian ini memberikan kesan kepada pihak yang berkaitan seperti kerajaan, pemaju perumahan, individu dan komuniti.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Jahada, N., & Jasmine Leby Lau. (2024). FAKTOR MEMPENGARUHI KEPUASAN PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENDUDUK RUMAH KOS RENDAH (PPR) DI TAWAU, SABAH . Jurnal Pengguna Malaysia, 36, 55–80. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/84

Issue

Section

Articles