PERSEPSI PENGGUNA BELIA TERHADAP ALAT PANDU ARAH DI LEMBAH KLANG

Authors

  • Norain Mod Asri Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Mustaqim Zahran Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Papan tanda, Papan tanda elektronik, Aplikasi GPS, GPS terbina, Analisis min

Abstract

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi menerusi pengenalan dan aplikasi sistem kedudukan global (GPS - Global Positioning System) dan papan tanda elektronik telah melancarkan mobiliti pengguna di jalan raya terutama di kawasan bandar. Justeru, kajian ini akan mengupas persepsi pengguna terhadap penggunaan alat pandu arah atau kombinasi alat pantu arah yang kerap digunakan oleh pengguna belia. Menerusi soal selidik yang diedarkan di sekitar Lembah Klang, terdapat tiga dapatan utama. Pertama, papan tanda masih menjadi pandu arah ke destinasi serta menjadi amaran atau isyarat situasi sebenar di jalan raya. Kedua, pengguna selesa menggunakan aplikasi GPS menerusi telefon pintar berbanding dengan GPS terbina pada kenderaan, terutama di kawasan bandar. Ketiga, responden lebih menggunakan kombinasi papan tanda dan aplikasi GPS pada telefon pintar apabila membuat perjalanan di jalan raya berbanding dengan kombinasi papan tanda, aplikasi GPS pada telefon pintar dan GPS terbina pada kenderaan. Keputusan ini dilihat dapat membantu penawaran bagi ketiga-tiga alat pandu arah tersebut untuk menambah baik perkhidmatan dan meningkatkan lagi keunikan alat pandu arah tersebut agar kekal releven dalam pasaran pada masa hadapan.

Abstract
Advances in information and communication technology via the introduction and application of global positioning systems (GPS - Global Positioning System) and electronic signboard have facilitated the users mobility on the roads, especially in urban areas. Thus, this study will examine users' perceptions of the use of navigation tools or a combination of navigation tools commonly used by youth users. Through the questionnaires distributed around the Klang Valley, there are three main findings. First, the signboard is still performing as a guide or navigation assistance to the destination as well as a warning or signal of the real situation on the road. Secondly, users are comfortable using the GPS application through smartphone compared to built-in GPS in vehicles, especially in urban areas. Third, respondents tend to use a combination of signboards and GPS applications on smartphones when traveling on the road compared to a combination of signboards, GPS applications on smartphones and built-in GPS in vehicles. These results can help the suppliers of navigation devices to improve their services and further enhance the uniqueness of the navigation device so that it remains relevant in the future market.

Keywords: Signboard, electronic signboard, Global Positioning System (GPS) application, built-in GPS, mean analysis

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Mod Asri, N., & Zahran, A. M. (2024). PERSEPSI PENGGUNA BELIA TERHADAP ALAT PANDU ARAH DI LEMBAH KLANG. Jurnal Pengguna Malaysia, 35, 122–140. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/94

Issue

Section

Articles